Sunday, November 29, 2009

MAJLIS PENUTUP PASTI KAWASAN GOPENG

Dina dan danish menyanyikan lagu Nasyid














Monday, November 23, 2009

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA QURBAN

Sempena beberapa hari lagi kita akan menyambut hari raya aidil adha maka saya ingin mengucapkan selamat hari raya aidiladha kepada
seluruh umat islam. khusus bagi rakan-rakan yang mengerjakan Ibata Haji. Semuga mendapat hari yang Mabrur disisi Allah S.w.t.
Alluhuakbar walillailham.

Thursday, June 11, 2009

19.06.2009 Jumaat bagi Ceramah Lagi

Pagi tadi aku boss aku suruh aku bagi ceramah tentang "Komunikasi " pada pegawai- pegawai ICT sebelum Mesyuarat . Aku cadang nak edit dulu slide yang aku bg pada Doktor- Doktor masa di teluk batik tempoh hari. Tapi Boss bagi tau tak apa u cakap ajer.. Tadi Masa ditangga aku jumpa dengan Boss dia mintak ganti dia bagi ceramah Kepentingan IT untuk Unit Kesihatan Awam hari Jumaat 19.06.2009. Ok la.....aku tak kisah

Tuesday, May 19, 2009

GAMBAR DATO MUSTAFFA MAROFF DI PERLIS



Semasa bertugas sebagai Penal penemuduga Jawatan juruteknik Komputer . Saya tinggal di hotel garden di kangar kebetulan 2 hari disana bertemu dengan dato' Mustaffa Maroff jadi dia pun ada Pengambaran Filem di kangar jadi saya dan kawan berbual panjang dengan beliau.
Kami bercerita tentang masa depan filem melayu masakini yang telah banyak merosakkan bahasa melayu.

Sunday, May 10, 2009

SUKAN PASTI DAERAH GOPENG

Sabtu 09.05.2009 aku menghadiri Sukan pasti anak-anak ku yang diadakan di kawasan simpang pulang Gopeng. Danish dan dina ke dua-duanya bersekolah di PASTI AMAR pinji perdana. Tahniah diucapkan pada danish kerana telah berjaya mendapat no 1 acara masukkan rantai gergasi. Kepada dina yang tak berjaya cuba lagi ditahun hadapan. Abah dan Mama senantiasa mendukung kejayaan anak-anak abah.

Wednesday, January 7, 2009

MAJLIS PERPISAHAN DI JANM SABAH





Cenderahati kenangan dari Warga JANM Kota Kinabalu Sabah dan Unit IT di Sampaikan Oleh Timbalan Pengarah JANM Sabah Puan Hjh Tunganai Datu Alang dan Puan Lila Damsa. Majlis diadakan pada hari Khamis 08.01.2009 jam 9.30pg di dewan JANM Sabah selepas perhimpunan bulanan JANM Sabah.Semoga ia menjadi kenangan pada masa akan datang. Sebab munkin aku tidak lagi akan berkhidmat di negeri dibawah bayu lagi sebab akupun dah lama disini 3 Tahun.

1) Gambar atas unit IT ( dari kiri Zabrin, Mahadi, Redzuan)
2) Gambar Ke 2 ..Pn Hjh Tunganai Datu Alang (Tim. Pengarah JANM)
3) Gambar ke 3 ..Puan lila damsa